B U R N S A N D S C A L D S
T E R B A K A R D A N M E L E C U R
T E R B A K A R D A N M E L E C U R
Adakah anda pernah mengalami luka terbakar atau melecur? Apakah rawatan kecemasan yang pernah anda lakukan? Tuang kicap? Kopi? Nahh, jom dapatkan info lebih lanjut berkaitan luka terbakar atau melecur.
Melecur merupakan kesan akibat terbakar atau terkena benda yang panas. Kemalangan ini boleh diketegorikan sebagai kemalangan kecil atau kemalangan teruk bergantung pada tahap situasi.
Kemalangan teruk selalu diakibatkan oleh situasi yang besar seperti kebakaran bangunan, kebakaran kereta, disambar kilat, renjatan elektrik, akibat bahan kimia mudah terbakar dan sebagainya. Kemalangan ini mampu menyebabkan mangsa mengalami luka terbakar yang parah dan mampu menyebabkan kematian. Untuk hal seperti ini, kebiasaannya ia memerlukan perkhidmatan pakar (bomba, ambulans) secara terus kerana situasi yang tidak selamat bagi orang awam memberikan rawatan cemas kepada mangsa.
Cara bantuan yang perlu dilakukan oleh orang awam ialah menghubungi talian kecemasan, mengenalpasti punca bagi memudahkan anggota keselamatan. Bagaimanapun, orang awam tetap boleh memberikan rawatan kecemasan sekiranya situasi sekitar selamat dari bahaya. Hal ini untuk memastikan keselamatan diri anda sendiri.
Bagi kemalangan kecil pula, ia boleh disifatkan dengan insiden yang berlaku hasil dari aktiviti harian seperti insiden di rumah atau di tempat kerja.
Perkara ini sering terjadi dalam kehidupan harian. Selalunya, melecur diakibatkan oleh:
🩹 Minyak panas
🩹 Air panas mendidih
🩹 Seterika seperti bahagian tapak penggosok atau wap seterika
🩹 Ekzos motor
🩹 Besi panas di tempat kerja
🩹 Haba matahari yang terlalu panas (sunburn)
Kebiasannya, melecur akibat perkara yang disebutkan tadi akan menjadi melecur tahap pertama atau kedua. Apa itu melecur tahap pertama atau melecur tahap kedua? Jom kenali dahulu jenis tahap melecur.
Tahap Melecur
(Rujuk gambar di bahagian bawah)
1) Melecur tahap pertama
Lapisan kulit luar sahaja yang terjejas.
Rasa pedih, kemerahan dan kekeringan.
2) Melecur tahap kedua (Terjejas di lapisan kulit kedua). Rasa sakit, kemerahan dan melepuh.
Awas! Jangan pecahkan sendiri tanpa peralatan yang disteril. Sila dapatkan rawatan di klinik berhampiran.
3) Melecur tahap ketiga
Telah terkena di lapisan kulit yang lebih dalam seperti bahagian otot, lemak, juga sehingga ke tulang. reseptor rasa rosak.
Tiada rasa sakit kerana kehilangan reseptor rasa.
Rupa kehitaman atau sehingga menampakkan isi dalam.
Macam mana nak beri rawatan asas sekiranya kulit anda melecur?
1) Buka perhiasan seperti jam tangan, gelang, barang perhiasan. Sekiranya luka tersebut tertutp oleh pakaian, dedahkan luka tersebut dengan Tarik lengan baju keatas, Tarik seluar keatas.
2) Lalukan air bersih yang mengalir seperti air paip di kawasan yang melecur selama yang mungkin dalam 15 - 45 minit. Sekiranya tiada air mengalir, boleh gunakan apa sahaja jenis air yang penting bersih. Contohnya air mineral, air sungai.
Perkara ini bertujuan untuk menyejukkan dan menghilangkan haba kawasan melecur tersebut. Oleh itu, ia mampu membantu dari luka melecur bertambah parah.
3) Tinggikan bahagian anggota badan bagi mengurangkan kebengkakan.
4) Balut luka menggunakan kain yang bersih dan tidak melekat.
5) Dapatkan rawatan pakar sekiranya perlu.
Penting!
Sebelum anda ingin menyelamatkan mangsa, pastikan kawasan tersebut adalah selamat. Matikan atau jauhkan mangsa dan diri anda dari punca tersebut.
Gambar (Jenis jenis kebakaran)
Melecur tahap pertama
(sumber gambar: Internet)
Melecur tahap kedua
Melecur tahap ketiga
Penulis: Maisarah Zainal
Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia